Tuesday, 23 May 2017

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH KAFA TAHUN 5 : (Mesyuarat)

Assalamualaikum / Salam sejahtera,

Bismillahiwalhamdulillah.

Adik-adik yang dikasihi Allah SWT sekalian,

Di sini saya ada kongsikan ringkasan nota berkenaan Adab ketika Bermesyuarat.
Mudah-mudahan dapat membantu adik-adik ulangkaji pelajaran.

Moga-moga bermanfaat, insya Allah.

SELAMAT MEMBACA.











IBADAH KAFA TAHUN 5 (Puasa : Bahagian 2)

Assalamualaikum / Salam sejahtera,

Hi, adik-adik...
Terima kasih kerana masih sudi untuk membaca nota ringkas daripada saya ni.

Baiklah, saya sambung sikit lagi nota ibadah puasa ni, ya. Ini adalah ringkasan daripada edaran nota yang telah saya berikan kepada pelajar-pelajar 5 Kreatif (2017), SKTJ lebih kurang pada tiga bulan yang lalu.

Semoga dapat membantu adik-adik untuk ulangkaji pelajaran.
Moga-moga bermanfaat.















Sekian.

Dengan kasih sayang,
Thsuban

IBADAH KAFA TAHUN 5 (Puasa : Bahagian 1)

Assalamualaikum/Salam sejahtera,

Bismillahiwalhamdulillah..

Untuk topik yang ketiga dalam subjek Ibadah KAFA Tahun 5, di sini saya ada kongsikan serba sedikit secara ringkas. Moga-moga bermanfaat.

Setiap orang yang beragama Islam, baik lelaki mahupun perempuan yang sudah aqil baligh, waras aqal fikirannya (muqallaf), suci daripada haid dan nifas, bukan yang sedang bermusafir dan tidak sakit yang terlampau, maka ISLAM memfardhukan ke atas golongan ini untuk WAJIB berpuasa pada bulan Ramadhan setiap tahun. 




Ini adalah bertepatan sekali dengan tuntutan ke atas ummat Islam melalui Rukun Islam yang ketiga.









Ingat tau adik, adik..
Arahan atau suruhan berpuasa ni, bukannya datang daripada idea aqal manusia ya!!! Ini adalah arahan daripada Allah SWT kepada seluruh manusia yang beragama Islam. 




Sesiapa yang tertinggal puasa, WAJIB ganti dan apabila ada masalah tertentu untuk ganti dalam keadaan yang tertentu, WAJIB bayar fidyah. Dan jika terperangkap dalam keadaan yang tertentu, ada juga yang WAJIB bayar fidyah dan WAJIB juga ganti puasa.








 
Jika INGKAR????? BERDOSA BESAR la adik-adik.

Tuntutan puasa ni besar kerana berpuasa di bulan Ramadhan ini juga adalah sebagai tanda kita sebagai hamba yang WAJIB patuh dan taat kepada perintah Allah SWT.

Adik-adik yang dirahmati Allah sekalian, ketika mana saya sedang menaip nota ringkas di blog ini, kurang lebih hanya berbaki lapan hari sahaja lagi bulan Ramadhan yang mulia akan menjengah kita.  Ntah sempat atau tidak kita sama-sama berpuasa pada bulan Ramadhan tahun ini. Ya lah, jika adik-adik biasa mendengar kuliah agama, seringkali Ustaz ada mengingatkan tentang ini. Kita semua ni, umpama sedang beratur beramai-ramai di lorong yang sangat panjang. Bukan lorong nak cucuk duit kat mesin ATM, adik-adik, tetapi lorong beratur untuk bertemu menghadap kembali kepada Allah SWT. Ya, adik-adik...kita semua di saat ini sedang beratur menanti saat MATI.

Oleh hal yang demikian, adik-adik...setiap waktu, setiap detik yang ada diperuntukkan untuk kita, kita kena lah sentiasa hargainya. Jika masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini, lakukanlah apa sahaja perkara dengan bersungguh-sungguh. Sentiasa amalkan buat SEHABIS BAIK. Jika kita rasa kita masih tak cukup ilmu dalam sesuatu hal, WAJIB ke atas kita untuk beruasaha mencari ilmu supaya kita dapat melakukan apa yang Allah SWT suruh dengan BETUL dan TEPAT. Hanya dengan itu lah insya Allah kita akan dapat "markah penuh" di kala malaikat Raqid dan Atid mencatat amalan kita. Sesungguhnya, itulah tatacara kita untuk meraih PERHATIAN ALLAH.


Baiklah, berbalik kepada topik kita tadi. Lalu, bagaimana cara kita untuk berpuasa dengan kaedah yang betul? Apa yang WAJIB kita lakukan agar puasa kita diterima Allah???

Ya, sebab itulah adik-adik, kita mesti belajar sungguh-sungguh. Cuba imbau kembali apa yang Ustazah/Ustaz/Pendidik pernah ajar adik-adik dalam kelas?

Pertama sekali, seusai mendengar perkhabaran pengumuman puasa di kaca televisyen tu...saat tu jugak adik-adik dah kena pasang niat untuk berpuasa pada bulan Ramadhan untuk tahun itu selama sebulan. 

 Walau bagaimanapun, tak bermakna mentang-mentang adik dah niat untuk sebulan, kemudian untuk hari berikutnya tak perlu niat dah puasa. Bukan, adik-adik. Niat untuk sebulan puasa tadi tu sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga, kot lah adik-adik nanti ada malam-malam tertentu, terlupa pula nak niat. 

Ingat tu, niat untuk puasa tu kena pasang niat tiap-tiap malam tau. Ok??






Ingat, adik-adik...NIAT tu dalam hati (qalbi) tau...
Bukan cakap mulut lafaz niat dalam bahasa arab semata-mata, hehehehehe..

Dulu Nabi kita Allah SWT pilih di kalangan bangsa Arab, sebab tu Al Quran ayat-ayatNya diturunkan dalam Bahasa Arab. Alhamdulillah, sekarang satu dunia dah tersebar ajaran Islam. Jadi, kita niat dalam bahasa masing-masing la.

Saya cuma nak bagitahu, OK je kalau kita niat dalam hati guna Bahasa Melayu, hehehe...

Nota:
Siap sahur, selesai imsak, berus gigi, mandi, ambil wudhu' kemudian bacalah al quran sementara tunggu masuk fardhu Subuh tu.




OK, sekarang saya nak tanya adik-adik.
Bila mana yang dikatakan kita semua ni dalam tempoh sedang berpuasa?
Bila bermulanya tiba saat kita mesti berpuasa, dari bila sehingga bila??

Yaaaaaa.....
Betul lah tu, adik-adik, hehehe...Alhamdulillah, bagus, bagus...nampaknya sel-sel otak adik-adik semua masih berhubung dengan baik, hehehehe...





Seperti biasa, adik-adik...
Untuk belajar dengan lebih menarik dan seronok, kita MESTI baca daripada banyak sumber yang sahih. Jika tidak berkemampuan untuk bertalaqqi dengan 'alim 'ulamak secara bersemuka, sekarang ni dah makin mudah untuk menadah ilmu dengan ahli-ahli fiqh melalui teknologi tinggi sekarang.

Apabila menyebut berkenaan puasa, sudah pasti banyak keraguan hukum-hakam yang terlibat apabila sesuatu perkara berlaku. Sehubungan itu, jom sama-sama kita layari laman sesawang ini untuk menambah ilmu agama di dada kita khususnya untuk meleraikan kekusutan yang ada sebelum ini. 

Mudah-mudahan Allah memberkati kita semua, ameen.

http://drmaza.com/home/?p=2732

 http://zaharuddin.net/fiqh-ibadah/595-ramadhan-a-batalkah-puasa-kita-jika.html


Sesiapa yang berminat, bolehlah memuat-turun dan simpan e-book ini, ya;

http://www.islamicbook.ws/indonesian/indonesian-60.pdf




Friday, 19 May 2017

IBADAH KAFA TAHUN 5 (Solat Jama', Qasar)

Assalamualaikum / Salam sejahtera,

Bismillahiwalhamdulillah

Adik-adik yang dirahmati Allah sekalian,

Ketahuilah bahawa sejak zaman nabi dahulu kala lagi, solat ini telah pun dilakukan oleh nabi-nabi dan orang-orang yang beriman akan kewujudan Allah SWT yang mencipta sekalian isi alam. Bahkan Nabi Muhammad SAW pun sebelum difardhukan solat secara rasmi oleh Allah SWT ke atas baginda dan seluruh ummat Islam, Rasullullah SAW dah pun menunjukkan tanda syukur dan pengabdian kepada Allah dengan mengikut cara Nabi Ibrahim A.S..

Adik-adik,
Allah SWT tak jadikan setiap ciptaan yang ada di langit dan di bumi dengan sia-sia, melainkan semuanya ada tujuan dan bersebab. Malah telah termaktub kata-kata Allah dalam Al-Quran bahawasanya Allah tidak jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepada Nya.

SEKILAS PANDANG...
SECARA RINGKAS...

Apabila sebut sahaja ibadah, adik-adik kena tahu apa maksud ibadah dan ibadah ini terbahagi kepada berapa bahagian? Ibadah ini kata dasarnya adalah daripada 'abid..atau maksudnya hamba. Bila kita sebut ibadah, maksudnya aktiviti penghambaan kita kepada Pencipta kita yakni Allah. Bagaimana kita perlu menunjukkan tanda pengabdian kita kepada Allah?

Ibadah sendiri pula terbahagi kepada dua, iaitu ibadah khusus dan ibadah umum. Ibadah khusus bererti WAJIB buat walau dalam keadaan apa jua sekalipun, selagi terdaya atau termampu oleh kita. Tak buat, maka BERDOSA lah kita pada Allah. Wajib ganti dan mohon keampunan kepada Allah apabila kita menyedari yang kita telah berdosa atau bersalah dengan Tuhan. Contoh ibadah khusus ialah seperti menunaikan solat fardhu lima kali sehari, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan zakat. Ibadah umum pula bererti, selain daripada ibadah khusus. Jika buat dapat pahala, jika tak buat, tak dapat apa-apa. Contoh ibadah umum ialah seperti membantu ayah cuci kereta atau bantu ibu belikan barang di kedai.

 Ketahuilah dan INGATlah adik-adik sekalian,

Solat adalah tunjang agama. Tak solat, maka runtuhlah agama kita. Sengaja tinggal solat sebab menafikan haq Allah, maka jatuh kufurlah kita. Na'uzubillahiminzaalik. AWAS dan BERINGATLAH kita semua betapa pentingnya solat ketika kita masih hidup du dunia yang fana (sementara) ini. Sebab apa? Sebab setelah tiada lagi roh di dalam jasad kita sekarang, SOLAT lah perkara yang pertama sekali akan disoal-siasat oleh Malaikat Munkar dan Nakir di alam barzakh nanti. SOLAT ke tidak kita ni masa hidup dulu? Kalau solat, khusyuk ke tidak kita ni? Ke berangan je memanjang...Solat tu di awal waktu ke tidak kita ni....ke suka bertangguh sehingga nak masuk fardhu lain pulak.

Allahu Akbar...tak mudah, adik-adik sekalian...

Saya bukanlah ustazah atau bukan juga orang yang betul-betul ahli dalam bidang agama. Sungguhpun begitu, sebelum saya menerjah kongsikan serba sedikit berkaitan topik Solat Jama' dan Qasar bagi pelajar-pelajar KAFA Tahun 5, adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai muslim muqallaf untuk memberi serba sedikit penjelasan secara umum. Mudah-mudahn menjadi peringatan untuk diri saya sendiri dan adik-adik juga, Insya Allah.

Baiklah, adik-adik.
Di sini saya kongsikan sedikit nota berkaitan solat Jama' dan Qasar seperti mana yang telah dieadarkan kepada adik-adik di dalam kelas.

Moga-moga bermanfaat kepada kita bersama.
Untuk keterangan lanjut bab ibadah, adalah WAJIB bagi kita semua belajar secara terperinci dengan ustaz-ustaz atau ustazah ataupun 'alim 'ulama'. Rajin-rajin lah ke surau/masjid atau kelas Fardhu Ain. Bergurulah dengan mereka yang bertauliah agar kita sentiasa berada di landasan yang benar, Insya Allah.









ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH KAFA TAHUN 5 (Jual Beli)

Assalamualaikum/Salam sejahtera,

Bismillahiwalhamdulillah,

Hi, adik-adik...apa khabar?
Jom ita ulangkaji topik Adab ketika Berjual-beli.














Seperti biasa, saya kongsikan link laman web untuk bacaan tambahan adik-adik.

Sila klik dan baca, OK?

1)  http://al-badar.net/pengertian-hukum-rukun-dan-syarat-jual-beli/
2) http://hadit-s.blogspot.my/2008/03/kitab-jual-beli.html