Assalamualaikum / Salam sejahtera,
Bismillahiwalhamdulillah
Adik-adik yang dirahmati Allah sekalian,
Ketahuilah bahawa sejak zaman nabi dahulu kala lagi, solat ini telah pun dilakukan oleh nabi-nabi dan orang-orang yang beriman akan kewujudan Allah SWT yang mencipta sekalian isi alam. Bahkan Nabi Muhammad SAW pun sebelum difardhukan solat secara rasmi oleh Allah SWT ke atas baginda dan seluruh ummat Islam, Rasullullah SAW dah pun menunjukkan tanda syukur dan pengabdian kepada Allah dengan mengikut cara Nabi Ibrahim A.S..
Adik-adik,
Allah SWT tak jadikan setiap ciptaan yang ada di langit dan di bumi dengan sia-sia, melainkan semuanya ada tujuan dan bersebab. Malah telah termaktub kata-kata Allah dalam Al-Quran bahawasanya Allah tidak jadikan manusia dan jin melainkan untuk beribadah kepada Nya.
SEKILAS PANDANG...
SECARA RINGKAS...
Apabila sebut sahaja ibadah, adik-adik kena tahu apa maksud ibadah dan ibadah ini terbahagi kepada berapa bahagian? Ibadah ini kata dasarnya adalah daripada 'abid..atau maksudnya hamba. Bila kita sebut ibadah, maksudnya aktiviti penghambaan kita kepada Pencipta kita yakni Allah. Bagaimana kita perlu menunjukkan tanda pengabdian kita kepada Allah?
Ibadah sendiri pula terbahagi kepada dua, iaitu ibadah khusus dan ibadah umum. Ibadah khusus bererti WAJIB buat walau dalam keadaan apa jua sekalipun, selagi terdaya atau termampu oleh kita. Tak buat, maka BERDOSA lah kita pada Allah. Wajib ganti dan mohon keampunan kepada Allah apabila kita menyedari yang kita telah berdosa atau bersalah dengan Tuhan. Contoh ibadah khusus ialah seperti menunaikan solat fardhu lima kali sehari, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan zakat. Ibadah umum pula bererti, selain daripada ibadah khusus. Jika buat dapat pahala, jika tak buat, tak dapat apa-apa. Contoh ibadah umum ialah seperti membantu ayah cuci kereta atau bantu ibu belikan barang di kedai.
Ketahuilah dan INGATlah adik-adik sekalian,
Solat adalah tunjang agama. Tak solat, maka runtuhlah agama kita. Sengaja tinggal solat sebab menafikan haq Allah, maka jatuh kufurlah kita. Na'uzubillahiminzaalik. AWAS dan BERINGATLAH kita semua betapa pentingnya solat ketika kita masih hidup du dunia yang fana (sementara) ini. Sebab apa? Sebab setelah tiada lagi roh di dalam jasad kita sekarang, SOLAT lah perkara yang pertama sekali akan disoal-siasat oleh Malaikat Munkar dan Nakir di alam barzakh nanti. SOLAT ke tidak kita ni masa hidup dulu? Kalau solat, khusyuk ke tidak kita ni? Ke berangan je memanjang...Solat tu di awal waktu ke tidak kita ni....ke suka bertangguh sehingga nak masuk fardhu lain pulak.
Allahu Akbar...tak mudah, adik-adik sekalian...
Saya bukanlah ustazah atau bukan juga orang yang betul-betul ahli dalam bidang agama. Sungguhpun begitu, sebelum saya menerjah kongsikan serba sedikit berkaitan topik Solat Jama' dan Qasar bagi pelajar-pelajar KAFA Tahun 5, adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai muslim muqallaf untuk memberi serba sedikit penjelasan secara umum. Mudah-mudahn menjadi peringatan untuk diri saya sendiri dan adik-adik juga, Insya Allah.
Baiklah, adik-adik.
Di sini saya kongsikan sedikit nota berkaitan solat Jama' dan Qasar seperti mana yang telah dieadarkan kepada adik-adik di dalam kelas.
Moga-moga bermanfaat kepada kita bersama.
Untuk keterangan lanjut bab ibadah, adalah WAJIB bagi kita semua belajar secara terperinci dengan ustaz-ustaz atau ustazah ataupun 'alim 'ulama'. Rajin-rajin lah ke surau/masjid atau kelas Fardhu Ain. Bergurulah dengan mereka yang bertauliah agar kita sentiasa berada di landasan yang benar, Insya Allah.
No comments:
Post a Comment