Assalamualaikum/Salam sejahtera,
Bismillahiwalhamdulillah..
Untuk topik yang ketiga dalam subjek Ibadah KAFA Tahun 5, di sini saya ada kongsikan serba sedikit secara ringkas. Moga-moga bermanfaat.
Setiap orang yang beragama Islam, baik lelaki mahupun perempuan yang sudah aqil baligh, waras aqal fikirannya (muqallaf), suci daripada haid dan nifas, bukan yang sedang bermusafir dan tidak sakit yang terlampau, maka ISLAM memfardhukan ke atas golongan ini untuk WAJIB berpuasa pada bulan Ramadhan setiap tahun.
Ini adalah bertepatan sekali dengan tuntutan ke atas ummat Islam melalui Rukun Islam yang ketiga.
Ingat tau adik, adik..
Arahan atau suruhan berpuasa ni, bukannya datang daripada idea aqal manusia ya!!! Ini adalah arahan daripada Allah SWT kepada seluruh manusia yang beragama Islam.
Sesiapa yang tertinggal puasa, WAJIB ganti dan apabila ada masalah tertentu untuk ganti dalam keadaan yang tertentu, WAJIB bayar fidyah. Dan jika terperangkap dalam keadaan yang tertentu, ada juga yang WAJIB bayar fidyah dan WAJIB juga ganti puasa.
Jika INGKAR????? BERDOSA BESAR la adik-adik.
Tuntutan puasa ni besar kerana berpuasa di bulan Ramadhan ini juga adalah sebagai tanda kita sebagai hamba yang WAJIB patuh dan taat kepada perintah Allah SWT.
Adik-adik yang dirahmati Allah sekalian, ketika mana saya sedang menaip nota ringkas di blog ini, kurang lebih hanya berbaki lapan hari sahaja lagi bulan Ramadhan yang mulia akan menjengah kita. Ntah sempat atau tidak kita sama-sama berpuasa pada bulan Ramadhan tahun ini. Ya lah, jika adik-adik biasa mendengar kuliah agama, seringkali Ustaz ada mengingatkan tentang ini. Kita semua ni, umpama sedang beratur beramai-ramai di lorong yang sangat panjang. Bukan lorong nak cucuk duit kat mesin ATM, adik-adik, tetapi lorong beratur untuk bertemu menghadap kembali kepada Allah SWT. Ya, adik-adik...kita semua di saat ini sedang beratur menanti saat MATI.
Oleh hal yang demikian, adik-adik...setiap waktu, setiap detik yang ada diperuntukkan untuk kita, kita kena lah sentiasa hargainya. Jika masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini, lakukanlah apa sahaja perkara dengan bersungguh-sungguh. Sentiasa amalkan buat SEHABIS BAIK. Jika kita rasa kita masih tak cukup ilmu dalam sesuatu hal, WAJIB ke atas kita untuk beruasaha mencari ilmu supaya kita dapat melakukan apa yang Allah SWT suruh dengan BETUL dan TEPAT. Hanya dengan itu lah insya Allah kita akan dapat "markah penuh" di kala malaikat Raqid dan Atid mencatat amalan kita. Sesungguhnya, itulah tatacara kita untuk meraih PERHATIAN ALLAH.
Baiklah, berbalik kepada topik kita tadi. Lalu, bagaimana cara kita untuk berpuasa dengan kaedah yang betul? Apa yang WAJIB kita lakukan agar puasa kita diterima Allah???
Ya, sebab itulah adik-adik, kita mesti belajar sungguh-sungguh. Cuba imbau kembali apa yang Ustazah/Ustaz/Pendidik pernah ajar adik-adik dalam kelas?
Pertama sekali, seusai mendengar perkhabaran pengumuman puasa di kaca televisyen tu...saat tu jugak adik-adik dah kena pasang niat untuk berpuasa pada bulan Ramadhan untuk tahun itu selama sebulan.
Walau bagaimanapun, tak bermakna mentang-mentang adik dah niat untuk sebulan, kemudian untuk hari berikutnya tak perlu niat dah puasa. Bukan, adik-adik. Niat untuk sebulan puasa tadi tu sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga, kot lah adik-adik nanti ada malam-malam tertentu, terlupa pula nak niat.
Ingat tu, niat untuk puasa tu kena pasang niat tiap-tiap malam tau. Ok??
Walau bagaimanapun, tak bermakna mentang-mentang adik dah niat untuk sebulan, kemudian untuk hari berikutnya tak perlu niat dah puasa. Bukan, adik-adik. Niat untuk sebulan puasa tadi tu sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga, kot lah adik-adik nanti ada malam-malam tertentu, terlupa pula nak niat.
Ingat tu, niat untuk puasa tu kena pasang niat tiap-tiap malam tau. Ok??
Ingat, adik-adik...NIAT tu dalam hati (qalbi) tau...
Bukan cakap mulut lafaz niat dalam bahasa arab semata-mata, hehehehehe..
Dulu Nabi kita Allah SWT pilih di kalangan bangsa Arab, sebab tu Al Quran ayat-ayatNya diturunkan dalam Bahasa Arab. Alhamdulillah, sekarang satu dunia dah tersebar ajaran Islam. Jadi, kita niat dalam bahasa masing-masing la.
Saya cuma nak bagitahu, OK je kalau kita niat dalam hati guna Bahasa Melayu, hehehe...
Nota:
Siap sahur, selesai imsak, berus gigi, mandi, ambil wudhu' kemudian bacalah al quran sementara tunggu masuk fardhu Subuh tu.
Nota:
Siap sahur, selesai imsak, berus gigi, mandi, ambil wudhu' kemudian bacalah al quran sementara tunggu masuk fardhu Subuh tu.
OK, sekarang saya nak tanya adik-adik.
Bila mana yang dikatakan kita semua ni dalam tempoh sedang berpuasa?
Bila bermulanya tiba saat kita mesti berpuasa, dari bila sehingga bila??
Yaaaaaa.....
Betul lah tu, adik-adik, hehehe...Alhamdulillah, bagus, bagus...nampaknya sel-sel otak adik-adik semua masih berhubung dengan baik, hehehehe...
Seperti biasa, adik-adik...
Untuk belajar dengan lebih menarik dan seronok, kita MESTI baca daripada banyak sumber yang sahih. Jika tidak berkemampuan untuk bertalaqqi dengan 'alim 'ulamak secara bersemuka, sekarang ni dah makin mudah untuk menadah ilmu dengan ahli-ahli fiqh melalui teknologi tinggi sekarang.
Apabila menyebut berkenaan puasa, sudah pasti banyak keraguan hukum-hakam yang terlibat apabila sesuatu perkara berlaku. Sehubungan itu, jom sama-sama kita layari laman sesawang ini untuk menambah ilmu agama di dada kita khususnya untuk meleraikan kekusutan yang ada sebelum ini.
Mudah-mudahan Allah memberkati kita semua, ameen.
http://drmaza.com/home/?p=2732
http://zaharuddin.net/fiqh-ibadah/595-ramadhan-a-batalkah-puasa-kita-jika.html
Sesiapa yang berminat, bolehlah memuat-turun dan simpan e-book ini, ya;
http://www.islamicbook.ws/indonesian/indonesian-60.pdf
No comments:
Post a Comment