Assalamualaikum w.b.t
Bismillahiwalhamdulillah..
Hari ni saya nak kongsikan dengan adik-adik semua apa kepentingan bersukan atau bermain. Kemudian bagaimana pula yang dikatakan seseorang itu ada adab ketika bermain, apa kepentingan atau hikmah mengamalkan adab ketika bermain dan apa pula bahananya jika kita abaikan adab-adab ketika bermain.
Dalam kehidupan seharian, setiap orang dikurniakan Allah 24 jam masa. Sama sahaja, baik saya ataupun adik-adik semua punyai masa sebanyak 24 jam sehari. Apa yang membezakan antara kita adalah sejauh manakah kebijaksanaan kita dalam pengurusan masa.
Namun isunya di sini, bukanlah untuk mempertikaikan kebijaksanaan adik dalam pembahagian masa dalam tempoh 24 jam. Persoalan utama yang cuba dirungkaikan adalah, kenapa dalam masa 24 jam kita perlu peruntukkan sejumlah tempoh masa untuk bermain atau bersukan? Malah doktor perubatan mengesyorkan kita agar mengamalkan aktiviti senaman sekurang-kurangnya 20 min sehari selama tiga hari dalam seminggu. Saya ulang soalan utamanya, KENAPA????
APA MAKSUD BERSUKAN ATAU BERMAIN???
Secara umumnya, bersukan ataupun bermain adalah suatu aktiviti yang melibatkan anggota fizikal dan mental. Apa sahaja jenis permainan atau sukan yang adik terlibat di sekolah atau di rumah, asalkan mampu keluarkan peluh dan dapat seronok-seronok. Dah kata ramai sangat kan pelajar yang "stress" sekarang asyik belajar je kerjanya kannn...Jadi, luangkanlah masa tiap-tiap petang untuk bersukan atau bermain. Bila tiba masa untuk kita belajar, kita belajar la bersungguh-sungguh. Bila tiba waktu kita beriadah, kita main la sungguh-sungguh. Hidup ni mesti seimbang. Barulah ikut sunnatullah.
Kalau saya masa budak-budak dulu, banyakla jugak aktivitinya petang-petang. Pagi-pagi pergi sekolah belajar, dah balik rumah, siapkan kerja sekolah pulak...dah tu kena mengaji quran lagi...malam kadang-kadang ada kelas tuisyen lagi. Jangan duk kata zaman sekarang la dik oi...zaman kami dulu2 pun macam tu jugak. Sebab tu kita kena beriadah waktu petang. Itu antara cara untuk kurangkan tekanan perasaan dan mental, hahahahah.
OK, berbalik zaman kami dulu-dulu. Macam saya dan rakan sepermainan di taman perumahan, petang-petang tu kami adakalanya berbasikal, kayuh basikal keliling taman perumahan. Adakalanya juga, kami bermain badminton, bermain lompat getah, bola baling dan ala-ala baseball (orang Terengganu panggil bola katok, bhahahahah). Jika di sekolah pula, saya biasanya sertai larian berganti-ganti 4x100m, lompat jauh dan lompat tinggi. Ada juga pernah sertai permainan ping-pong dan catur. Haaaa, itu cerita saya. Cerita adik-adik, bagaimana pula????
KENAPA MESTI BERSUKAN ATAU BERMAIN?
APA KEPENTINGANNYA KEPADA KITA??
Adik-adik yang dirahmati Allah sekalian..
Apabila kita bersukan atau bermain, jantung kita akan lebih laju berdegup. Maksudnya jantung kita akan lebih pantas 'bekerja' mengepam darah untuk dialir ke seluruh organ dalaman tubuh badan kita. Adik-adik semua belajar Sains kan di sekolah? Darah mengandungi apa antaranya, adik-adik?
Ya, betul. Tepat sekali. Darah mengandungi gas oksigen. Otak kita sangat-sangat memerlukan oksigen yang banyak untuk berfungsi seoptimum yang mungkin. Tu yang orang-orang tua kata, otak ligat. Otak cerdas la tu maknanya. Pernah dengar kan pepatah Arab ada menyebut yang bermaksud, "otak yang cerdas datangnya daripada fizikal yang cergas".
Apabila jantung kita sentiasa sihat, otak kita pun sentiasa cerdas....Apa jadi, adik-adik?
Ya, itu tandanya tubuh badan kita sentiasa sihat. Bila kita sihat, insya Allah kita boleh buat aktiviti fizikal yang digemari kita. Boleh cepat faham apa yang dipelajari sebab otak kita mampu fokus pada tahap yang tertinggi. Dan yang paling PENTING, kita dapat menunaikan ibadah umum dan ibadah khusus kepada Allah SWT dengan lebih banyak dan berkualiti tinggi.
Ingat tu, adik-adik...Bukan setakat nak kasut pakaian makan minum je nak yang terbaik, tetapi bab ibadah penghambaan kita pada Allah pun MESTI lah yang terbaik jugak. Rasulullah SAW pun suka berlari-lari dengan Saidatina Aisyah R.A. Sebab apa? Sebab Rasulullah nak ajar atau khabarkan kepada kita ummat sekarang ni pun, bahawa bersukan atau bermain itu penting untuk kesihatan tubuh badan kita lah.
Kalau adik-adik asyik duk santai je, lepak-lepak duduk-duduk atau baring-baring je tergolek-golek main game dalam handphone, jantung kita pun dalam keadaan relaks la jugak...bila perlahan je jantung bekerja sebab rehat sangat-sangat, maka sikit sahajalah oksigen yang mengalir ke otak adik-adik. Tu yang rasa lemah badan je rasa, kurang aktif dan lebih teruk jadi berMALAS-MALASan. Semua aktiviti jadi perlahan, tak cerdas tak tak cergas. TAK AKTIF. Rasa LEMAU...Adik-adik rasa, bagus tak macam tu kalau hari-hari lemau je????
Fuhhh, panjang betul muqaddimah bab Adab Ketika Bermain ni.
Takpelah adik-adik kalau panjangpun penerangannya. Yang penting, adik boleh faham kan. Kefahaman yang begitu jelas tu sangat penting tau, adik-adik. Bukan sekadar lakonan acah-acah faham tau. Tak baik tau tipu diri sendiri, kelak, adik sendiri jugak yang menanggung rugi, bukannya orang lain. OK??
Baiklah, untuk pendekkan cerita, saya kongsikan terus antara ciri-ciri adab ketika bermain dan akibat jika tak amalkan adab-adab tersebut.
WaAllahu'alam.
Mudah-mudahan adik-adik semua faham dengan sebenar-benarnya apa yang perlu dipelajari dalam topik Adab ketika Bermain.
Sehingga berjumpa lagi.
Dengan penuh kasih-sayang,
Thsuban
Terima kasih atas ilmu yang dikongsikan. Sangat berguna. 😁😁
ReplyDelete🤓
Delete🤓
ReplyDeleteTq untk ilmu nya 🤓
ReplyDeleteTq untk ilmu nya 🤓
ReplyDelete