Friday 17 February 2017

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH KAFA TAHUN 5 (Akibat/Kesan Buruk jika abai adab ketika bekerja)

Assalamualaikum/Salam sejahtera

Bismillahiwalhamdulillah

Hi, adik-adik...Didoakan mudah-mudahan adik-adik sentiasa sihat, ceria dan sentiasa bersemangat tinggi dalam apa jua yang dilakukan.

Adik-adik yang dirahmati Allah sekalian. Ingatlah bahawa, kita sebagai orang Islam mestilah menjadi orang yang betul-betul mukmin yakni orang-orang yang berjaya dalam melaksanakan amal makruf (kerja soleh) dan mencegah nahi mungkar (kerja-kerja jahat). Tidak kiralah dalam apa jua keadaan sekalipun, sama ada ketika bersendirian mahupun dalam kehidupan bermasyarakat.

Ingat tu adik-adik, sama ada masih belajar mahupun sudah dewasa kelak adab-adab nya sama sahaja, yakni kerjakan amalan yang baik-baik sahaja. Oleh itu, adik-adik wajib menuntut ilmu dengan rajin membaca buku, majalah, suratkhabar, blog dalam internet, menghadiri kelas di sekolah mahupun kuliah agama selain daripada di sekolah. Sebab, hanya dengan ilmu sahaja yang boleh selamatkan adik-adik untuk tahu berfikir dan menilai sesuatu perkara sama ada ianya baik ataupun buruk, sama ada Allah dan Nabi suka ataupun murka.




Baiklah, adik-adik. Kini tiba masanya untuk adik-adik ketahui apakah kesan ataupun akibat sekiranya adab-adab bekerja tidak diamalkan oleh adik-adik atau orang lain pun;









Ketahuilah adik-adik sekalian, kesan buruk yang pasti akan diterima bukan sahaja di dunia. Malah ibadah kita sebagai orang Islam pun terjejas. 

Abdullah bin Umar R.A pernah berkata;

"Andaikata kamu solat sehingga menjadi bongkok seperti busur dan berpuasa sehingga menjadi kurus seperti tali busur, sesungguhnya Allah SWT tidak menerima semua itu daripada kamu, kecuali dengan kewarakan yang menjadi pemisah".


Disebutkan dari riwayat yang lain pula berbunyi;

"Setiap ibadah yang diiringi dengan memakan makanan yang haram, ia laksana bangunan yang berada di atas kotoran binatang".  

Ingatlah adik-adik, kesan buruk daripada mengabaikan adab-adab bekerja bukan sahaja menjadikan kita semua rugi di dunia, tetapi juga di akhirat.


WaAllahu'alam
Thsuban

1 comment: