Friday, 17 February 2017

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH KAFA TAHUN 5 (Akibat/Kesan Buruk jika abai adab ketika bekerja)

Assalamualaikum/Salam sejahtera

Bismillahiwalhamdulillah

Hi, adik-adik...Didoakan mudah-mudahan adik-adik sentiasa sihat, ceria dan sentiasa bersemangat tinggi dalam apa jua yang dilakukan.

Adik-adik yang dirahmati Allah sekalian. Ingatlah bahawa, kita sebagai orang Islam mestilah menjadi orang yang betul-betul mukmin yakni orang-orang yang berjaya dalam melaksanakan amal makruf (kerja soleh) dan mencegah nahi mungkar (kerja-kerja jahat). Tidak kiralah dalam apa jua keadaan sekalipun, sama ada ketika bersendirian mahupun dalam kehidupan bermasyarakat.

Ingat tu adik-adik, sama ada masih belajar mahupun sudah dewasa kelak adab-adab nya sama sahaja, yakni kerjakan amalan yang baik-baik sahaja. Oleh itu, adik-adik wajib menuntut ilmu dengan rajin membaca buku, majalah, suratkhabar, blog dalam internet, menghadiri kelas di sekolah mahupun kuliah agama selain daripada di sekolah. Sebab, hanya dengan ilmu sahaja yang boleh selamatkan adik-adik untuk tahu berfikir dan menilai sesuatu perkara sama ada ianya baik ataupun buruk, sama ada Allah dan Nabi suka ataupun murka.




Baiklah, adik-adik. Kini tiba masanya untuk adik-adik ketahui apakah kesan ataupun akibat sekiranya adab-adab bekerja tidak diamalkan oleh adik-adik atau orang lain pun;









Ketahuilah adik-adik sekalian, kesan buruk yang pasti akan diterima bukan sahaja di dunia. Malah ibadah kita sebagai orang Islam pun terjejas. 

Abdullah bin Umar R.A pernah berkata;

"Andaikata kamu solat sehingga menjadi bongkok seperti busur dan berpuasa sehingga menjadi kurus seperti tali busur, sesungguhnya Allah SWT tidak menerima semua itu daripada kamu, kecuali dengan kewarakan yang menjadi pemisah".


Disebutkan dari riwayat yang lain pula berbunyi;

"Setiap ibadah yang diiringi dengan memakan makanan yang haram, ia laksana bangunan yang berada di atas kotoran binatang".  

Ingatlah adik-adik, kesan buruk daripada mengabaikan adab-adab bekerja bukan sahaja menjadikan kita semua rugi di dunia, tetapi juga di akhirat.


WaAllahu'alam
Thsuban

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH KAFA TAHUN 5 (Hikmah/Kesan Baik amalkan adab ketika bekerja)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Bismillahiwalhamdulillah

Hi, adik-adik...
Adalah sewajarnya adik sentiasa faham dan ingat hakikat adab, kerja yang berkat dan bagaimanakah ciri-ciri adab bekerja yang perlu kita sama-sama amalkan.

Ha, cepat "recall" sekarang, heheheheh...
Saya harap daya ingatan adik-adik semuanya kuat dan ingat hal yang positif-positif (baik) sahaja, OK!!



Baiklah..Maka, inilah dia antara sebab KENAPA kita semua mesti amalkan adab-adab bekerja.

Apabila kita mahu bicarakan sebab-sebabnya, sudah pasti ia berkenaan dengan KEPENTINGAN amalan adab-adab bekerja itu. 


1. Mengeluarkan produk dan perkhidmatan 
yang berkualiti tinggi

2. Mencari rezeki yang halal lagi diberkati

3. Meningkatkan prestasi kerja

4. Mengurangkan masalah dan aduan dalam pekerjaan

5.  Menjadi pekerja yang cemerlang dan disayangi Allah



Adik-adik yang dirahmati Allah sekalian,
Seperti yang ditekankan dalam nota sebelum ini, apa-apa sahaja yang kita kerjakan, kita mesti berusaha sedaya upaya buat yang terbaik untuk dapatkan redha Allah.

Nabi Muhammad SAW pernah berpesan, 
"Sesiapa sahaja memakan makanan halal selama 40 hari, maka Allah akan memberikan cahaya ke dalam hatinya dan akan mengalirkan sumber-sumber hikmah dari hatinya kepada lidahnya."

Dalam satu riwayat yang lainnya pula berbunyi;
" Allah akan membuatkannya menjadi zuhud terhadap dunia".




1. Menunaikan tuntutan fardhu kifayah

2. Mendapat kerahmatan Allah

3. Dimurahkan rezeki

4.  Prestasi kerja dan mutu perkhidmatan 
meningkat

5. Lahirnya pekerja yang 
berkemahiran tinggi dan terlatih 

6. Pekerja menjadi kuat dan cekal 
menghadapi cabaran 

7. Menjadi contoh dan sebagai rujukan 


ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH KAFA TAHUN 5 (Contoh pekerjaan yang halal dan haram)

Assalamualaikum/Salam sejahtera,

Bismillahiwalhamdulillah...

Hi, adik-adik...Bersua lagi kita ya...Terima kasih kerana masih bersemangat untuk membaca nota saya di sini. Moga-moga adik-adik terus diberkati Allah.

Baiklah..Sebelum ni adik-adik sudahpun diterangkan dengan maksud "adab", "kerja" dan "adab bekerja", kan?? Masih ingat lagi tak tu??? Yang penting, adik-adik mesti kena faham tau. Sebab bila adik-adik faham, adik-adik tak perlu menghafal pun...Insya Allah bila dah faham sesuatu perkara tu, biasanya kita akan mudah ingat.

Tentu adik-adik ada cita-cita kan bila besar nanti nak kerja apa? 
 Selalu tak adik-adik ditanya begini; 

"Apa cita-cita kamu bila dewasa nanti?"
"Bila besar nanti nak jadi apa?"
"Besar nanti nak kerja apa untuk cari duit rezeki sendiri?"

Bukankah Allah telah berfirman sebelum ini dalam Surah Al Taubah : Ayat 105 yang bermaksud;
Hendaklah kamu bekerja, nescaya Allah akan memudahkan urusanmu. Suatu hari nanti, kamu semua akan dikembalikan ke alam ghaib dan nyata dan akan dikhabarkan segala apa yang kamu kerjakan.

Ha...sebab tu lah adik-adik kita kena bekerja, cari rezeki sendiri...WAJIB tu..dan kita semua mesti ingat bahawa sesungguhnya Allah itu MAHA MELIHAT lagi MAHA MENGETAHUI apa yang kita kerjakan sama ada secara terang-terangan mahupun yang tersembunyi. Segala kerja baik atau jahat atau segala apa yang kita buat Allah suka ataupun tidak, semuanya akan dihitungkan kembali pada alam akhirat nanti. NO SECRET- SECRET ya...dan tiada seorang pun yang terkecuali atau boleh terlepas daripada perhitungan Allah di padang masyar nanti.

Oleh itu, past adik-adik semua tertanya-tanya kan, apa lah agak-agaknya pekerjaan yang paling baik sekali, kan??? Adik-adik jangan risau...soalan macam tu, dah lama pun ada orang tanya. Sejak zaman Rasulullah SAW lagi..ini bukti dalil aqli (hadith);



Untuk bacaan lanjut, adik-adik boleh baca di laman ini, OK. Klik link ini dan BACA tau; https://rumaysho.com/3240-apa-pekerjaan-yang-terbaik.html

Nampak tak kat situ, adik-adik? Dari zaman dulu-dulu lagi, ada orang sudah bertanya pada Rasulullah pekerjaan apa yang paling baik, maksudnya kerja apa yang paling diberkati Allah. Orang dulu-dulu bukannya tanya Nabi kerja apa yang paling banyak gaji atau yang paling banyak duit.

Oleh itu, adik-adik, dapatla dirumuskan dari situasi itu bahawa adik-adik perlu betulkan set minda dalam kepala, buatlah apa-apa kerja sekalipun untuk mencari rezeki, asalkan yang halal, yang baik dan disukai Allah, dan bukannya sesekali kerja yang hebat-hebat kerana mahu dipandang mulia di sisi manusia. Ingat tu!!

Sehubungan itu, di sini ada dinyatakan beberapa contoh  KERJA YANG HALAL lagi disukai Allah SWT dan KERJA YANG HARAM lagi dimurkai Allah SWT;





WaAllahu'alam
Thsuban

Thursday, 16 February 2017

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH KAFA TAHUN 5 (Ciri-ciri adab ketika bekerja)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Bismillahiwalhamdulillah...

Hi, adik-adik...Amacam topik "Adab Bekerja" sebelum ni?

Diharapkan adik-adik sudah pun faham dengan maksud adab, maksud kerja dan juga definisi "Adab Bekerja" itu sendiri.

Apabila adik-adik sudah faham maksud terma-terma di atas tadi, jom kita sama-sama kenali bagaimanakah CIRI-CIRI ADAB BEKERJA yang perlu ada pada setiap orang, lebih-lebih lagi kita ni orang-orang mukmin, insya Allah. 




Adik-adik mesti ingat tau, adab tu mesti yang baik-baik sahaja yakni disukai Rasulullah SAW dan diredhai Allah SWT. Sudah pastinya mengikut cara yang betul, OK??

Jika adik-adik rujuk Tafsir Al-Quran Surah Al-Mukminun : Ayat 51, Allah telah lama memberi amaran atau peringatan kepada orang-orang Islam supaya makan makanan yang baik-baik dan kerjakanlah ama-amal yang soleh. Di sebalik peringatan tadi, sebenarnya Allah menyuruh kita makan dari sumber yang halal, itulah yang dikatakan makanan yang baik-baik. 

Adik-adik kena ingat tu, makanan yang baik-baik tu bukan membawa maksud sedap-sedap, enak atau lazat, atau masih elok keadaannya (bukan basi) sahaja tau. Yang paling penting, sumbernya mestilah HALAL dan SUCI. 

Jika tadi Allah telah memberi amaran melalui Surah Al Mukminun : Ayat 51, adik-adik pun kena tahu jugak, sekali lagi Allah memberi peringatan kepada kita semua melalui Surah Al Taubah : Ayat 105 seperi gambar di bawah;


Untuk bacaan lanjut dan kefahaman yang lebih jelas, saya kongsikan sumbernya melalui link ini, SILA KLIK dan BACA ya; https://ngajialquran.wordpress.com/2011/08/18/tafsir-surat-at-taubah-ayat-105-ditampakkannya-amalan/

Kalau adik-adik nak tahu kenapa sebabnya, adik-adik mesti baca nota yang seterusnya, OK? Dalam blog ni nanti, cari nota yang bertajuk "HIKMAH MENGAMALKAN ADAB BEKERJA", OK??




1. Memulakan sesuatu kerja dengan Basmalah 

2. Akhiri sesuatu kerja dengan lafaz Alhamdulillah.
 
3. Ikhlas kerana Allah; hanya harapkan redha Allah dan bukannya pujian daripada orang. Apabila kita ikhlas, pasti kerja yang dibuat dengan sepenuh hati atau bersungguh-sungguh.

4. Amanah; jujur dengan diri sendiri dan orang lain.

5.  Menepati masa; seperti yang dijanjikan yakni tidak bertangguh atau lewat

 6. Menutup aurat dan berpakaian kemas

7. Ceria dan mesra

8. Saling membantu dalam pasukan bekerja

9. Sentiasa berusaha, berdoa dan bertawakal

10. Yakin dan adil

11. Redha dengan ketetapan Allah

12. Menghargai masa yang ada; bukan sambil lewa

13. Berdisiplin dan rajin (proaktif)

14. Berdaya saing sentiasa memajukan diri ke arah yang lebih baik dengan usaha yang berterusan menambah ilmu pengetahuan

15. Saling hormat-menghormati orang lain 

16. Fokus dalam semua perkara 

17. Sentiasa muhasabah diri; buat penilaian diri sendiri kenalpasti baik buruk

18. Mendahulukan ibadah yang wajib 



WaAllahu'alam.
Thsuban 

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH KAFA TAHUN 5 (Adab ketika bekerja : Perspektif dari segi bahasa dan agama)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,

Bismillahirrahmanirrahim

Terlebih dahulu, saya ucapkan terima kasih kepada adik-adik atau siapa-siapa sahaja yang sudi berkunjung ke laman blog ini. Mudah-mudahan apa yang saya kongsikan di sini memberi manfaat kepada kita bersama, Insya Allah.



Untuk topik pertama ini, adalah wajar jika kita boleh ambil tahu apa makna sebenar "Adab" menurut perspektif agama Islam. Sehubungan itu, saya kongsikan di sini laman yang bersesuaian dengan definisi adab menurut sumber hadith sahih; http://islamiwiki.blogspot.my/2013/09/pengertian-adab-dalam-kitab-shahih-al.html#.WKZaHH9HaFs 

Untuk bacaan lanjut, saya kongsikan laman yang mendefinisikan "adab" dari segi bahasa; http://agussyafii.blogspot.my/2009/02/pengertian-adab.html

Baiklah, saya fikir adik-adik semua sudahpun klik dua link yang saya kongsikan tadi, kan?? OK, sekarang, jom kita kukuhkan pemahaman kita dengan rumusan maksud "adab"gabungan dari sudut perspektif agama dan bahasa.


Apa yang mesti adik-adik faham apabila ada seseorang berkata tentang adab? Ataupun, tiba-tiba ada orang berkata begini kepada adik-adik?

"Tolong jaga adab kamu sebagai anak dengan ibu bapa!"
"Sila tunjukkan adab kamu sebagai pelajar"
"Bagaimana adab kamu sebagai pekerja??"

OK, adik-adik. Jom kita fahamkan betul-betul apa yang dimaksudkan dengan "adab".

ADAB ialah tingkah-laku kita, PERKATAAN atau PERBUATAN kita yang biasa kita tunjukkan kepada orang lain. Tak kisahla, sama ada adik-adik dengan kawan-kawan atau dengan ibu-bapa, atau sesiapa sahaja yang ada bersama dengan adik-adik pada waktu itu. Biasanya, adab ini mesti berkaitan dengan KESOPANAN atau yang baik-baik sahaja yang boleh MENYENANGKAN HATI ORANG SEKELILING adik-adik. Pendek kata, orang sekeliling adik-adik akan berasa gembira, selesa dan bukannya boleh mendatangkan marah. Sekaligus, adab ini juga mestilah BERDASARKAN apa yang RASULULLAH SAW anjurkan, supaya adik-adik mendapat PAHALA di sisi Allah SWT. Maka inilah yang dikatakan sebagai tatasusila atau etika seseorang muslim. 


OK...Adik-adik, tadi kita dah tahu kan secara umumnya apa maksud "adab" kan??

Bagaimana pula maksud "KERJA"?

Kerja bermaksud sebarang PERBUATAN yang dilakukan oleh seseorang. Perbuatan itu mestilah mengikut CARA-CARA yang BETUL, dinasihatkan oleh RASULULLAH SAW agar ia menjadi suatu IBADAH yang DIREDHAI ALLAH SWT.


              Jadi sekarang, mari kita cuba kaitkan apa pula maksud "Adab Bekerja". JOM .



ADAB BEKERJA bermaksud TATACARA yang merangkumi KATA-KATA dan PERBUATAN ketika melaksanakan sesuatu KERJA yang dianjurkan oleh RASULULLAH SAW dengan BETUL dan DIREDHAI ALLAH SWT. 

WaAllahu'alam.
Thsuban


Sunday, 12 February 2017

Bukittinggi, Padang, Indonesia

Assalamualaikum/Salam sejahtera,

Seusai perkahwinan kami, first trip adalah bercorak family trip. Seluruh ahli keluarga ikut ke Melaka. Ya, sendat satu kereta berjalan, hahaha..Beberapa hari kemudian, barulah first honeymoon ke Wilayah Persekutuan Labuan. Ya, masa tu dah berdua dah berjalannya, hehehe..Waktu itu sekitar tahun 2007, masih tidak memiliki hp canggih. Makanya, apa-apa sahaja gambar yang dirakamkan selamat dimuat-naik ke akaun Friendster.

Sembilan tahun kemudian, barulah kami berpeluang untuk merancang trip honeymoon yang kedua. Buat pertama kalinya, kami memanjangkan langkah hanya berdua ke luar negara setelah dua kali mengikuti trip family ke Surabaya dan Bandung pada tahun sebelum-sebelumnya.

Berlepas dari Rawang lebih kurang jam 4 pagi. Minta tolong mak ayah hantarkan ke KLIA2. Kemudian berhenti seketika di R&R Dengkil, makan minum sikit alas perut dan solat Subuh. Flight ke Padang jam 7.05 pagi. Tak salah daya ingatan ni, tempoh penerbangannya sekejap bebenor. Tak sempat pun nak makan dalam flight pagi tu, elokje cabin crew edar makanan yang kami beli tu, tak sampai 5 minitdan dan pulak Pilot buat pengumuman dah nak mendarat. Kitorang gelak je laki bini sebab macam poyo je nak makan dalam flight, kan. Sudahnya, tapaula makanan kami tadi tu, bawak balik  makan di bilik hotel pulak, kah kah kah.


Ini la dia Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau. Lihat sahaja bumbungnya, terserlah kesergaman mercutanda negerinya.

Alhamdulillah, kami selamat mendarat di bumi Allah, Padang. Waktu itu, suasananya tidak sesibuk seperti di KLIA2 tadi. Agak damai rasanya. Keluar sahaja dari Balai Ketibaan, kami tercari-cari teksi atau bas. Tapi tak nampak pun. Kemudian barulah terfikir, oh patutla tak bersesak-sesak. Barangkali lama juga menunggu beg dan urusan di Imigresen tadi. Kami terus melangkah kaki sambung misi mencari teksi atau bas. Akhirnya ada lah dua orang menyapa kami "Mau ke Bukittinggi??". Pantas kami menjawab "Ya, ya". Langsung kami letak harga terus nak naik keretanya, takut sangat terkena bayaran yang tinggi. Alhamdulillah, akhirnya harga yang kami mahu dipersetujui, IDR 135.000 untuk dua orang terus depan hotel. Kami menaiki Innova. Jika di negara kita, gaya perkhidmatannya seperti ulat teksi, orang awam yang mencari pendapatan sampingan. 


Bermula perjalanan kami dari airport ke Bukittinggi. Hampir 2 jam perjalanan, jauh jugak rupanya. Syukurla dapat naik Innova, selesa la sikit kan. Lebih kurang sejam perjalanan, driver berhenti minum sekejap di sini. 

Setelah hampir 30 minit rehat, kami pun meneruskan perjalanan. Sepanjang perjalanan, alhamdulillah cuaca baik. Hujan lebat baru je berhenti katanya driver. Tambah pula, kami menuju ke kawasan bukit tinggi, memangla menyamankan sejuk aje hawanya di sana. Gambaran perjalanan ke Bukittinggi mengingatkan kami suasana perjalanan ke Kundasang dari Kota Kinabalu. Ya, begitulah gambarannya, jalannya berbukit-bukit, bengkang bengkok, nyaman. Namun tidak la seperti ke Jeli-Grik.


Ini gambar masjid yang sempat dirakamkan melalui hp. Namanya Masjid Jamek Darussalam. Persis menyamai Pekan Nabalu di Kundasang. Sekitar kawasan ini, sewaktu jalan yang mendaki, lalulintas agak sesak. Orang Puteh kata, "cars bumper tu bumper". Tak cukup dengan itu, tambah lagi dengan motorsikal yang semuanya bergegas ke pasar untuk hantar sayur-sayuran dan buah-buahan untuk dijual. Maaf, saya takde kongsikan gambarnya di sini sebab waktu itu terasa tak sampai hati nak ambil gambar kesusahan orang tempatan yang membawa muatan cukup sarat hanya dengan motorsikal sahaja. Betullah orang kata, kalau nak didik hati agar sentiasa mudah untuk bersyukur, latihla mata hati untuk lihat orang yang lebih susah daripada kita, bukannya yang sebaliknya.

Saya fikir, di situlah waktu dan kawasan kemuncaknya kesesakan lalu lintas. Sebaik-baik sahaja melepasi kawasan pasar di pekan itu, elok sahaja jalannya lancar ke Bukittinggi. Patutla makan masa hampir dua jam perjalanan, bukan sebab jaraknya yang jauh, tapi kesesakan lalulintas.


Alhamdulillah, akhirnya kami selamat tiba di hotel. Grand Kartini namanya. Hotel ni baru bangunannya dan pada waktu itu baru sahaja empat tahun beroperasi.. Kami book melalui Agoda untuk 4 hari 3 malam dengan harga keseluruhannya IDR 1 juta 125 ribu. Kami tak bayar guna kad kredit pun masa booking bilik tu. Alhamdulillah Agoda benarkan kami book dan bayar tunai bila nak check in bilik di hotel. Selain staff ramah dan baik-baik sahaja layanannya, makanannya pun tiap-tiap hari sedap sangat, kalaulah boleh menambah, hehehe. Kepada yang belum pernah menjejakkan kaki ke Bukittingi dan anda juga travel backpacker macam kami, hotel ni sangatlah highly recommended untuk anda. Ini adalah 10 sebab kami memilih untuk menginap di hotel ini;

(1) Biliknya bersih, kemas, tiada bau yang kurang enak
(2) Kelengkapan bilik juga baru dan baik keadaannya
(3) Travel charger ada dibekalkan di dalam laci meja bilik
(4) Betul-betul bersebelahan dengan Masjid Nurul Haq (pakej azan dengan kuliah subuh)
(5) Depan masjid, ada perkhidmatan money changer
(6) 5 minit walking distance ke Pasar Atas/Jam Gadang/Tugu Bung Hatta/Maybank/CIMB
(7) Depan hotel, ada perkhidmatan sewa motorsikal (RM 20 / 24 jam)


 
(8) 5 minit naik motorsikal untuk pusing-pusing ke Taman Panorama/Kebun Binatang



                                                                     Lobang Jepang


                                                                      Ngarai Sianok

Kami naik motorsikal nak ke Taman Panorama masa tu dah lewat sangat dah, nak tutup dah. Jadi kami sempat ambik gambar sikit-sikit je, ambik syarat sampai je, ho ho ho. Serius, memang cantik, berbaloi la terkejar-kejar merempit ke sana.

Kalau nak tahu harga tiket dan nak tengok gambar yang lagi banyak di Taman Panorama, saya kongsikan link ini https://winnymarlina.com/2016/08/23/lobang-jepang-wisata-favorite-di-bukittinggi/


(9) Mudah access Angkutan untuk pergi ke pasar Aur Kuning dan tempoh perjalanannya adalah 20 minit 


                                                         Lebih kurang RM 0.80 seorang


                                                            Terminal Bas Aur Kuning

     Pasar Grosir Aur Kuning, bapok besar keliling kawasan nak menapak kalau nak shopping 
                                       2 hari pergi sana baru habis keliling kedai, kik kik kik


                                                    DAN sebab yang paling best adalah.......


(10) bila dah penat berjalan tu, boleh naik Bendi (Kereta Kuda) je nak balik hotel. Kos, IDR 70.000 untuk dua orang




Motif perjalanan kami ke Bukittinggi untuk santai-santai sahaja, rehatkan fizikal dan mental setelah penat bekerja. Guna peluang yang ada bercuti untuk kenali tempat orang.



                                               Suasana Jambatan Limpapeh di malam hari


                                                                       Jam Gadang

Malam-malam, kami jalan kaki santai-santai cari makan di tepi jalan. Pastu pasar malam di sekitar Jam Gadang. Kami beli Tshirt dan Fridge Magnet kat sini je. Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut berkenaan sejarah Jam Gadang ni, saya cadangkan anda untuk baca di link ini, ya; http://tabunginfo.blogspot.my/2011/06/sejarah-jam-gadang-bukittinggi.html

Ada juga makan di restoran-restoran yang berhampiran. Mahu cuba rasa makanan di tempat orang la katakan. Bila dah sewa motor, panjang lagi langkahnya cari kedai makan, hehehe.Sepanjang kami berada di sana, ini adalah cadangan makanan yang kami fikir anda juga patut rasa bila berkunjung ke Bukittinggi;


Tapi kalau anda rasa nak makan fast food je pun, boleh. Kami ada nampak KFC dan Pizza Hut on the way jalan kaki nak ke Jam Gadang.



Sekejap sungguh masa berlalu. Sebelum beli tiket tu, rasa macam dah lama sangat dah 4H 3M tu pergi Bukittinggi. Bajet cukup je masa nak pusing habis objek wisata yang ada. Pasrah sajalah...tak sempat pun kami nak ke kilang kain yang glamer sulamannya tu. Muzium Rumah Adat Baanjuang Bukittinggi http://dpicomakangah.com/museum-rumah-adat-baanjuang-bukittinggi/pun tak sempat pergi, huhuhuhu. Rasa-rasanya nak kena duduk seminggu kot baru habis pusing cover objek wisata di Bukittinggi dan Padang.

Akhirnya, tibalah masanya kami untuk pulang ke tanah air. Kami mohon bantuan receptionist hotel panggilkan Trafel untuk kami ke airport.



Jika dahulu bayar Trafel (Innova = IDR 135.000) untuk dua orang penumpang, tapi bila nak balik Malaysia kami bayar untuk tiga orang penumpang (Innova = IDR 150.000). Bayar untuk beg-beg kami duduk, hahahah. Bagus budaya orang tempatan sini berniaga, baik restoran mahupun teksi, pelanggan diberi PERCUMA air mineral. Oleh sebab kami bayar untuk tiga tempat duduk, maka kami dapatla tiga air mineral, alhamdulillah...TERIMA KASIH, Pak...




Kami berlepas dari hotel ke airport lebih kurang jam 8.30 pagi waktu tempatan. Trafel tiba di hotel untuk jemput kami tepat waktu seperti yang dijanjikan. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan ke airport cuaca cerah dan lalulintas pun lancar. Waktu perjalanan lebih kurang 1 jam 30 min sebab sopir banyak berhenti-henti nak hantar penumpang ke destinasi masing-masing.Walau bagaimanapun, kami masih lagi tiba di airport dua jam lebih awal daripada waktu penerbangan pulang.





Ini adalah rakaman gambar saat-saat akhir kami sebelum pulang ke tanah air. Alhamdulillah, kami seronok sangat di Bukittinggi. Travel backpacker berdua suami-isteri memang menyeronokkan. Paling seronok pengalaman merempit di negara orang, heheheheh...sebab dalam negara sendiri pun last merempit masa belajar dalam UKM dulu-dulu je.

Terima kasih kerana sudi baca dan mudah-mudahan saya dapat kongsikan sesuatu yang bermanfaat untuk anda juga.

Sehingga bertemu lagi di coretan yang seterusnya.

WaAllahu'alam.
Thsuban







Muqaddimah

Assalamualaikum/Salam Sejahtera,


Bismillahiwalhamdulillah.
Dengan coretan pertama ini, maka bermula lah impian saya untuk kembali menulis setelah niat ini tertangguh tujuh tahun lamanya.

Terlebih dahulu, ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi berkunjung dan meluangkan masa untuk membaca secebis coretan yang dikongsikan di laman blog ini. 

Saya bukanlah siapa-siapa untuk mengajar apa-apa di dunia sementara ini. Namun, apabila mengenangkan usia yang kini kian menjengah siri 40, jauh di sudut kolam jiwa ingin menulis di alam maya ini. 

Perkongsian di laman blog ini, boleh jadi akan merangkumi catatan perjalanan hidup saya, buah fikiran yang mahu dilontarkan lantaran isu-isu semasa yang berbangkit pada waktu itu dan yang paling utama adalah nota-nota ringkas yang berkisarkan asas-asas fardhu ain bagi seorang Muslim.


Muda-mudahan dengan perkongsian yang difikirkan boleh memberi manfaat kepada pembaca-pembaca akan diterima oleh Allah sebagai "duit poket" saya di alam barzakh nanti.

WaAllahu'alam.
-Thsuban