Thursday, 16 February 2017

ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH KAFA TAHUN 5 (Ciri-ciri adab ketika bekerja)

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Bismillahiwalhamdulillah...

Hi, adik-adik...Amacam topik "Adab Bekerja" sebelum ni?

Diharapkan adik-adik sudah pun faham dengan maksud adab, maksud kerja dan juga definisi "Adab Bekerja" itu sendiri.

Apabila adik-adik sudah faham maksud terma-terma di atas tadi, jom kita sama-sama kenali bagaimanakah CIRI-CIRI ADAB BEKERJA yang perlu ada pada setiap orang, lebih-lebih lagi kita ni orang-orang mukmin, insya Allah. 




Adik-adik mesti ingat tau, adab tu mesti yang baik-baik sahaja yakni disukai Rasulullah SAW dan diredhai Allah SWT. Sudah pastinya mengikut cara yang betul, OK??

Jika adik-adik rujuk Tafsir Al-Quran Surah Al-Mukminun : Ayat 51, Allah telah lama memberi amaran atau peringatan kepada orang-orang Islam supaya makan makanan yang baik-baik dan kerjakanlah ama-amal yang soleh. Di sebalik peringatan tadi, sebenarnya Allah menyuruh kita makan dari sumber yang halal, itulah yang dikatakan makanan yang baik-baik. 

Adik-adik kena ingat tu, makanan yang baik-baik tu bukan membawa maksud sedap-sedap, enak atau lazat, atau masih elok keadaannya (bukan basi) sahaja tau. Yang paling penting, sumbernya mestilah HALAL dan SUCI. 

Jika tadi Allah telah memberi amaran melalui Surah Al Mukminun : Ayat 51, adik-adik pun kena tahu jugak, sekali lagi Allah memberi peringatan kepada kita semua melalui Surah Al Taubah : Ayat 105 seperi gambar di bawah;


Untuk bacaan lanjut dan kefahaman yang lebih jelas, saya kongsikan sumbernya melalui link ini, SILA KLIK dan BACA ya; https://ngajialquran.wordpress.com/2011/08/18/tafsir-surat-at-taubah-ayat-105-ditampakkannya-amalan/

Kalau adik-adik nak tahu kenapa sebabnya, adik-adik mesti baca nota yang seterusnya, OK? Dalam blog ni nanti, cari nota yang bertajuk "HIKMAH MENGAMALKAN ADAB BEKERJA", OK??




1. Memulakan sesuatu kerja dengan Basmalah 

2. Akhiri sesuatu kerja dengan lafaz Alhamdulillah.
 
3. Ikhlas kerana Allah; hanya harapkan redha Allah dan bukannya pujian daripada orang. Apabila kita ikhlas, pasti kerja yang dibuat dengan sepenuh hati atau bersungguh-sungguh.

4. Amanah; jujur dengan diri sendiri dan orang lain.

5.  Menepati masa; seperti yang dijanjikan yakni tidak bertangguh atau lewat

 6. Menutup aurat dan berpakaian kemas

7. Ceria dan mesra

8. Saling membantu dalam pasukan bekerja

9. Sentiasa berusaha, berdoa dan bertawakal

10. Yakin dan adil

11. Redha dengan ketetapan Allah

12. Menghargai masa yang ada; bukan sambil lewa

13. Berdisiplin dan rajin (proaktif)

14. Berdaya saing sentiasa memajukan diri ke arah yang lebih baik dengan usaha yang berterusan menambah ilmu pengetahuan

15. Saling hormat-menghormati orang lain 

16. Fokus dalam semua perkara 

17. Sentiasa muhasabah diri; buat penilaian diri sendiri kenalpasti baik buruk

18. Mendahulukan ibadah yang wajib 



WaAllahu'alam.
Thsuban 

No comments:

Post a Comment