Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
Bismillahirrahmanirrahim
Terlebih dahulu, saya ucapkan terima kasih kepada adik-adik atau siapa-siapa sahaja yang sudi berkunjung ke laman blog ini. Mudah-mudahan apa yang saya kongsikan di sini memberi manfaat kepada kita bersama, Insya Allah.
Untuk topik pertama ini, adalah wajar jika kita boleh ambil tahu apa makna sebenar "Adab" menurut perspektif agama Islam. Sehubungan itu, saya kongsikan di sini laman yang bersesuaian dengan definisi adab menurut sumber hadith sahih; http://islamiwiki.blogspot.my/2013/09/pengertian-adab-dalam-kitab-shahih-al.html#.WKZaHH9HaFs
Untuk bacaan lanjut, saya kongsikan laman yang mendefinisikan "adab" dari segi bahasa; http://agussyafii.blogspot.my/2009/02/pengertian-adab.html
Baiklah, saya fikir adik-adik semua sudahpun klik dua link yang saya kongsikan tadi, kan?? OK, sekarang, jom kita kukuhkan pemahaman kita dengan rumusan maksud "adab"gabungan dari sudut perspektif agama dan bahasa.
Apa yang mesti adik-adik faham apabila ada seseorang berkata tentang adab? Ataupun, tiba-tiba ada orang berkata begini kepada adik-adik?
"Tolong jaga adab kamu sebagai anak dengan ibu bapa!"
"Sila tunjukkan adab kamu sebagai pelajar"
"Bagaimana adab kamu sebagai pekerja??"
OK, adik-adik. Jom kita fahamkan betul-betul apa yang dimaksudkan dengan "adab".
ADAB ialah tingkah-laku kita, PERKATAAN atau PERBUATAN kita yang biasa kita tunjukkan kepada orang lain. Tak kisahla, sama ada adik-adik dengan kawan-kawan atau dengan ibu-bapa, atau sesiapa sahaja yang ada bersama dengan adik-adik pada waktu itu. Biasanya, adab ini mesti berkaitan dengan KESOPANAN atau yang baik-baik sahaja yang boleh MENYENANGKAN HATI ORANG SEKELILING adik-adik. Pendek kata, orang sekeliling adik-adik akan berasa gembira, selesa dan bukannya boleh mendatangkan marah. Sekaligus, adab ini juga mestilah BERDASARKAN apa yang RASULULLAH SAW anjurkan, supaya adik-adik mendapat PAHALA di sisi Allah SWT. Maka inilah yang dikatakan sebagai tatasusila atau etika seseorang muslim.
OK...Adik-adik, tadi kita dah tahu kan secara umumnya apa maksud "adab" kan??
Bagaimana pula maksud "KERJA"?
Kerja bermaksud sebarang PERBUATAN yang dilakukan oleh seseorang. Perbuatan itu mestilah mengikut CARA-CARA yang BETUL, dinasihatkan oleh RASULULLAH SAW agar ia menjadi suatu IBADAH yang DIREDHAI ALLAH SWT.
Jadi sekarang, mari kita cuba kaitkan apa pula maksud "Adab Bekerja". JOM .
ADAB BEKERJA bermaksud TATACARA yang merangkumi KATA-KATA dan PERBUATAN ketika melaksanakan sesuatu KERJA yang dianjurkan oleh RASULULLAH SAW dengan BETUL dan DIREDHAI ALLAH SWT.
WaAllahu'alam.
Thsuban
No comments:
Post a Comment