Assalamualaikum/Salam Sejahtera,
Bismillahiwalhamdulillah.
Dengan coretan pertama ini, maka bermula lah impian saya untuk kembali menulis setelah niat ini tertangguh tujuh tahun lamanya.
Terlebih dahulu, ingin saya ucapkan ribuan terima kasih kepada anda kerana sudi berkunjung dan meluangkan masa untuk membaca secebis coretan yang dikongsikan di laman blog ini.
Saya bukanlah siapa-siapa untuk mengajar apa-apa di dunia sementara ini. Namun, apabila mengenangkan usia yang kini kian menjengah siri 40, jauh di sudut kolam jiwa ingin menulis di alam maya ini.
Perkongsian di laman blog ini, boleh jadi akan merangkumi catatan perjalanan hidup saya, buah fikiran yang mahu dilontarkan lantaran isu-isu semasa yang berbangkit pada waktu itu dan yang paling utama adalah nota-nota ringkas yang berkisarkan asas-asas fardhu ain bagi seorang Muslim.
Muda-mudahan dengan perkongsian yang difikirkan boleh memberi manfaat kepada pembaca-pembaca akan diterima oleh Allah sebagai "duit poket" saya di alam barzakh nanti.
WaAllahu'alam.
-Thsuban
No comments:
Post a Comment