Seusai perkahwinan kami, first trip adalah bercorak family trip. Seluruh ahli keluarga ikut ke Melaka. Ya, sendat satu kereta berjalan, hahaha..Beberapa hari kemudian, barulah first honeymoon ke Wilayah Persekutuan Labuan. Ya, masa tu dah berdua dah berjalannya, hehehe..Waktu itu sekitar tahun 2007, masih tidak memiliki hp canggih. Makanya, apa-apa sahaja gambar yang dirakamkan selamat dimuat-naik ke akaun Friendster.
Sembilan tahun kemudian, barulah kami berpeluang untuk merancang trip honeymoon yang kedua. Buat pertama kalinya, kami memanjangkan langkah hanya berdua ke luar negara setelah dua kali mengikuti trip family ke Surabaya dan Bandung pada tahun sebelum-sebelumnya.
Berlepas dari Rawang lebih kurang jam 4 pagi. Minta tolong mak ayah hantarkan ke KLIA2. Kemudian berhenti seketika di R&R Dengkil, makan minum sikit alas perut dan solat Subuh. Flight ke Padang jam 7.05 pagi. Tak salah daya ingatan ni, tempoh penerbangannya sekejap bebenor. Tak sempat pun nak makan dalam flight pagi tu, elokje cabin crew edar makanan yang kami beli tu, tak sampai 5 minitdan dan pulak Pilot buat pengumuman dah nak mendarat. Kitorang gelak je laki bini sebab macam poyo je nak makan dalam flight, kan. Sudahnya, tapaula makanan kami tadi tu, bawak balik makan di bilik hotel pulak, kah kah kah.
Ini la dia Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau. Lihat sahaja bumbungnya, terserlah kesergaman mercutanda negerinya.
Alhamdulillah, kami selamat mendarat di bumi Allah, Padang. Waktu itu, suasananya tidak sesibuk seperti di KLIA2 tadi. Agak damai rasanya. Keluar sahaja dari Balai Ketibaan, kami tercari-cari teksi atau bas. Tapi tak nampak pun. Kemudian barulah terfikir, oh patutla tak bersesak-sesak. Barangkali lama juga menunggu beg dan urusan di Imigresen tadi. Kami terus melangkah kaki sambung misi mencari teksi atau bas. Akhirnya ada lah dua orang menyapa kami "Mau ke Bukittinggi??". Pantas kami menjawab "Ya, ya". Langsung kami letak harga terus nak naik keretanya, takut sangat terkena bayaran yang tinggi. Alhamdulillah, akhirnya harga yang kami mahu dipersetujui, IDR 135.000 untuk dua orang terus depan hotel. Kami menaiki Innova. Jika di negara kita, gaya perkhidmatannya seperti ulat teksi, orang awam yang mencari pendapatan sampingan.
Bermula perjalanan kami dari airport ke Bukittinggi. Hampir 2 jam perjalanan, jauh jugak rupanya. Syukurla dapat naik Innova, selesa la sikit kan. Lebih kurang sejam perjalanan, driver berhenti minum sekejap di sini.
Setelah hampir 30 minit rehat, kami pun meneruskan perjalanan. Sepanjang perjalanan, alhamdulillah cuaca baik. Hujan lebat baru je berhenti katanya driver. Tambah pula, kami menuju ke kawasan bukit tinggi, memangla menyamankan sejuk aje hawanya di sana. Gambaran perjalanan ke Bukittinggi mengingatkan kami suasana perjalanan ke Kundasang dari Kota Kinabalu. Ya, begitulah gambarannya, jalannya berbukit-bukit, bengkang bengkok, nyaman. Namun tidak la seperti ke Jeli-Grik.
Ini gambar masjid yang sempat dirakamkan melalui hp. Namanya Masjid Jamek Darussalam. Persis menyamai Pekan Nabalu di Kundasang. Sekitar kawasan ini, sewaktu jalan yang mendaki, lalulintas agak sesak. Orang Puteh kata, "cars bumper tu bumper". Tak cukup dengan itu, tambah lagi dengan motorsikal yang semuanya bergegas ke pasar untuk hantar sayur-sayuran dan buah-buahan untuk dijual. Maaf, saya takde kongsikan gambarnya di sini sebab waktu itu terasa tak sampai hati nak ambil gambar kesusahan orang tempatan yang membawa muatan cukup sarat hanya dengan motorsikal sahaja. Betullah orang kata, kalau nak didik hati agar sentiasa mudah untuk bersyukur, latihla mata hati untuk lihat orang yang lebih susah daripada kita, bukannya yang sebaliknya.
Saya fikir, di situlah waktu dan kawasan kemuncaknya kesesakan lalu lintas. Sebaik-baik sahaja melepasi kawasan pasar di pekan itu, elok sahaja jalannya lancar ke Bukittinggi. Patutla makan masa hampir dua jam perjalanan, bukan sebab jaraknya yang jauh, tapi kesesakan lalulintas.
Alhamdulillah, akhirnya kami selamat tiba di hotel. Grand Kartini namanya. Hotel ni baru bangunannya dan pada waktu itu baru sahaja empat tahun beroperasi.. Kami book melalui Agoda untuk 4 hari 3 malam dengan harga keseluruhannya IDR 1 juta 125 ribu. Kami tak bayar guna kad kredit pun masa booking bilik tu. Alhamdulillah Agoda benarkan kami book dan bayar tunai bila nak check in bilik di hotel. Selain staff ramah dan baik-baik sahaja layanannya, makanannya pun tiap-tiap hari sedap sangat,
(1) Biliknya bersih, kemas, tiada bau yang kurang enak
(2) Kelengkapan bilik juga baru dan baik keadaannya
(3) Travel charger ada dibekalkan di dalam laci meja bilik
(4) Betul-betul bersebelahan dengan Masjid Nurul Haq (pakej azan dengan kuliah subuh)
(5) Depan masjid, ada perkhidmatan money changer
(6) 5 minit walking distance ke Pasar Atas/Jam Gadang/Tugu Bung Hatta/Maybank/CIMB
(7) Depan hotel, ada perkhidmatan sewa motorsikal (RM 20 / 24 jam)
(8) 5 minit naik motorsikal untuk pusing-pusing ke Taman Panorama/Kebun Binatang
Lobang Jepang
Ngarai Sianok
Kami naik motorsikal nak ke Taman Panorama masa tu dah lewat sangat dah, nak tutup dah. Jadi kami sempat ambik gambar sikit-sikit je, ambik syarat sampai je, ho ho ho. Serius, memang cantik, berbaloi la terkejar-kejar merempit ke sana.
Kalau nak tahu harga tiket dan nak tengok gambar yang lagi banyak di Taman Panorama, saya kongsikan link ini https://winnymarlina.com/2016/08/23/lobang-jepang-wisata-favorite-di-bukittinggi/
(9) Mudah access Angkutan untuk pergi ke pasar Aur Kuning dan tempoh perjalanannya adalah 20 minit
Lebih kurang RM 0.80 seorang
Terminal Bas Aur Kuning
Pasar Grosir Aur Kuning, bapok besar keliling kawasan nak menapak kalau nak shopping
DAN sebab yang paling best adalah.......
(10) bila dah penat berjalan tu, boleh naik Bendi (Kereta Kuda) je nak balik hotel. Kos, IDR 70.000 untuk dua orang
Motif perjalanan kami ke Bukittinggi untuk santai-santai sahaja, rehatkan fizikal dan mental setelah penat bekerja. Guna peluang yang ada bercuti untuk kenali tempat orang.
Suasana Jambatan Limpapeh di malam hari
Jam Gadang
Malam-malam, kami jalan kaki santai-santai cari makan di tepi jalan. Pastu pasar malam di sekitar Jam Gadang. Kami beli Tshirt dan Fridge Magnet kat sini je. Jika anda berminat untuk tahu lebih lanjut berkenaan sejarah Jam Gadang ni, saya cadangkan anda untuk baca di link ini, ya; http://tabunginfo.blogspot.my/2011/06/sejarah-jam-gadang-bukittinggi.html
Ada juga makan di restoran-restoran yang berhampiran. Mahu cuba rasa makanan di tempat orang la katakan. Bila dah sewa motor, panjang lagi langkahnya cari kedai makan, hehehe.Sepanjang kami berada di sana, ini adalah cadangan makanan yang kami fikir anda juga patut rasa bila berkunjung ke Bukittinggi;
Tapi kalau anda rasa nak makan fast food je pun, boleh. Kami ada nampak KFC dan Pizza Hut on the way jalan kaki nak ke Jam Gadang.
Sekejap sungguh masa berlalu. Sebelum beli tiket tu, rasa macam dah lama sangat dah 4H 3M tu pergi Bukittinggi. Bajet cukup je masa nak pusing habis objek wisata yang ada. Pasrah sajalah...tak sempat pun kami nak ke kilang kain yang glamer sulamannya tu. Muzium Rumah Adat Baanjuang Bukittinggi http://dpicomakangah.com/museum-rumah-adat-baanjuang-bukittinggi/pun tak sempat pergi, huhuhuhu. Rasa-rasanya nak kena duduk seminggu kot baru habis pusing cover objek wisata di Bukittinggi dan Padang.
Akhirnya, tibalah masanya kami untuk pulang ke tanah air. Kami mohon bantuan receptionist hotel panggilkan Trafel untuk kami ke airport.
Jika dahulu bayar Trafel (Innova = IDR 135.000) untuk dua orang penumpang, tapi bila nak balik Malaysia kami bayar untuk tiga orang penumpang (Innova = IDR 150.000). Bayar untuk beg-beg kami duduk, hahahah. Bagus budaya orang tempatan sini berniaga, baik restoran mahupun teksi, pelanggan diberi PERCUMA air mineral. Oleh sebab kami bayar untuk tiga tempat duduk, maka kami dapatla tiga air mineral, alhamdulillah...TERIMA KASIH, Pak...
Kami berlepas dari hotel ke airport lebih kurang jam 8.30 pagi waktu tempatan. Trafel tiba di hotel untuk jemput kami tepat waktu seperti yang dijanjikan. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan ke airport cuaca cerah dan lalulintas pun lancar. Waktu perjalanan lebih kurang 1 jam 30 min sebab sopir banyak berhenti-henti nak hantar penumpang ke destinasi masing-masing.Walau bagaimanapun, kami masih lagi tiba di airport dua jam lebih awal daripada waktu penerbangan pulang.
Ini adalah rakaman gambar saat-saat akhir kami sebelum pulang ke tanah air. Alhamdulillah, kami seronok sangat di Bukittinggi. Travel backpacker berdua suami-isteri memang menyeronokkan. Paling seronok pengalaman merempit di negara orang, heheheheh...sebab dalam negara sendiri pun last merempit masa belajar dalam UKM dulu-dulu je.
Terima kasih kerana sudi baca dan mudah-mudahan saya dapat kongsikan sesuatu yang bermanfaat untuk anda juga.
Sehingga bertemu lagi di coretan yang seterusnya.
WaAllahu'alam.
Thsuban
Nak tanya masa sampai bukit tinggi baru sewa motor kan. Lepas tu dari bukit tinggi turun balik ke kota padang jalan jalan ke. Kalau sewa motor dari kota terus kw bukit tinggi rasanya jalan bahaya tak ?
ReplyDeleteAsslamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSesiapa yang nak melawat ke Padang dan Bukittinggi jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami menyediakan PAKET TOUR DAN PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA UNTUK LAWATAN PADANG DAN BUKITTINGGI dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.
Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.
Our motto : We serve you with heart
Wassalam
Contact person :
1. Amsyahril
( Director )
Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )
2. Riko Adryansyah
( Tour & Transportation Manager )
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )